Teks Membahas Usul Perhimpunan Agong 2009 Ketua Pemuda Umno Rpa2 Ulu Kinta.
Talib Bin Ismail.
"Assalamualaikum.
SATU HATI,SATU SUARA ke arah SATU MALAYSIA demi perpaduan dan keamanan.
Tuan Pengerusi Tetap,
Kita telah melihat bagaimana anak-anak Bosnia menjadi mangsa kekejaman politik rakus penghapusan etnik.Kita sedang melihat anak-anak Palestin dibunuh kejam sedangkan belum ada lagi dosa yang dilakukan.Perkara sedemikian berlaku kerana sistem politik di Negara tersebut gagal diurus dengan baik.
Di Bosnia,misalnya oleh kerana kerakusan bangsa Serb ingin menjadi bangsa tunggal dengan semangat nasionalisme keSerbiannya,lalu mereka bersikap bengis dan menbunuh bangsa Croat dan Bosnia lalu mereka bertindak dengan begitu kejam.
Demikian pula bangsa Yahudi di Palestin membuli bangsa Arab.Tiada penyelesaian politik diusahakan dengan bersungguh-sungguh,lalu mereka mengambil keputusan menyerang bangsa Arab dan membunuh mereka dan hal ini dilakukan secara kejam tanpa peri kemanusian.
Sidang Perwakilan sekalian,
Kita dalam Negara Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan keturunan,Haruslah mengambil iktibar yang mendalam.Kita sebagai bangsa Melayu janganlah menjadi seperti bangsa Serbia dan Yahudi.Kita adalah bangsa yang dipenuhi adab budaya sopan dan kesantunan mestilah menjadi bangsa yang memimpin kaum lain didalam bentuk suatu Negara bangsa di Malaysia ini.
Justeru slogan dan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato'Seri Najib iaitu SATU MALAYSIA!!! hendaklah kita sebagai Pergerakan Pemuda UMNO menyokong dan melaksanakannya.
Janganlah kita menjadi manusia bersifat lembu yang suka berbaring di atas jalan.Jangan jadi penderhaka Sultan.Jangan jadi manusia bersifat kera yang melompat-lompat di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.Janganlah jadi seperti pemimpin Negeri Pasir Berdengung yang membuat Sidang DUN di bawah pokok.
Justeru kita hendaklah mengangkat martabat bangsa melayu ke puncak.Kita menyokong semua usul yang mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaan .Kita menyokong agar ISA dikekalkan demi keamanan kerana kita tidak mahu nasib bangsa melayu menjadi seperti orang Bosnia dan orang Arab di Palestin.
Tuan Pengerusi Pemuda gagah berani,
Hang Tuah menghormati Sultan Melaka bukan kerana takut kepada tubuh badan Sultan itu.Beliau menghormati Sultan kerana beliau menjulang tinggi institusi DiRaja sebagai institusi yang tertinggi di Melaka pada masa itu.Lebih-lebih lagi institusi inilah yang memelihara kesucian dan kehormatan agama islam.Justeru itu kita menyokong semua usul yang mengangkat martabat Sultan dan institusinya.
Titah Sultan Perak dalam muzakarah Cendekiawan yang lepas menekankan soal perpaduan Melayu.Ya,kita mesti bersatu hati dan bersatu suara."ORANG MELAYU MESTI BERSATU PADU...
Allah menyuruh kita agar bersatu padu demi Islam Yang Tercinta
ayat 9 surah al-hujurat yang bermaksud:
"Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang,damaikanlah antara kedua-duanya,jika salah satu kumpulan telah menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah(dengan meninggalkan perbuatan menceroboh).Jika ia telah kembali,maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah,Sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan."
Oleh yang demikian saya,Talib Bin Ismail selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RPA2 Ulu Kinta menyokong penuh semua USUL yang dibentangkan oleh Sdr.Ketua Penerangan sebentar tadi.
-