Sabtu, 14 Mac 2009

JOM PERGI MANDI DI WATERFALL...!!!


Hutan Lipur Ulu Kinta
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Fail:Hlprk 71.jpg
Pintu masuk Hutan Lipur Ulu Kinta. Gambar oleh: http://www.forestry.gov.my/hlprk_ulukinta.html Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Hutan Lipur Ulu Kinta terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Ia terletak 12 km dari Ipoh dan boleh naik bas ke Tanjung Rambutan di Medan Kid, Ipoh.
Kebanyakan orang Ulu Kinta enggan menyebut Tanjung Rambutan , mereka lebih selesa menyebut Ulu Kinta sahaja kerana Tanjung Rambutan] dikaitkan dengan Hospital Bahagia, tempat pemulihan orang gila terbesar dan terawal di Malaysia. Malahan Maktab Perguruan Ulu Kinta (MPUK) diperlecehkan dengan isu itu.
Ulu Kinta merupakan bahagian ulu Sungai Kinta, merupakan sungai yang sangat penting dalam aktiviti perlombongan dari tahun 1850 hingga 1970 . Hilir Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak. Air di bahagian hulu sangat jernih tetapi di hahagian hilir sangatlah keruh dan kotor. Ini kerana Sungai Kinta melalui bandar Ipoh, Batu Gajah dan Tanjung Tualang. Perlombongan bijih timah di sini dan sekitar Lembah Kinta menyebabkan air sungainya sangat keruh. Walaupun tidak ada lagi aktiviti perlombongan, penduduk taman perumahan, kampung dan setinggan di tepi sungai ini membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai ini.
Hutan Lipur Ulu Kinta telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, sesiapa tidak boleh menebang dan membalak di kawasan ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang sangat penting bagi membekalkan air minuman kepada penduduk sekitar kawasan ini. Sebuah kolam air terbina di sini berdekatan dengan kampung orang asli.
Hutan Simpan Bukit Kinta merupakan Hutan Dipterokarp Bukit. Istimewanya hutan lipur ini ialah ia merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Korbu. Puncak Gunung Korbu adalah setinggi 3183 m, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, selepas Gunung Tahan.
Hutan lipur ini diuruskan dengan baik oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, 31000 Batu Gajah.
Sebarang aktiviti perkhemahan bolehlah menghubungi pegawai di pejabat berkenaan. Aktiviti pendakian mestlah dimaklumkan kepada Balai Polis Tanjung Rambutan dengan memberikan nama, kad pengenalan, alamat, bilangan peserta, berapa lama dan bila akan balik semula. Tujuannya agar sebarang kecemasan, kemalangan dan hilang, bantuan kecemasan dapat diberi dengan cepat dan tepat.

Hospital bahagia ulu kinta,tg.rambutan








Merupakan Institusi Psikiatri pertama dan terbesar dari 4 buah Institusi di Malaysia.

Pada tahun 1910, dengan pemilihan tapak yang dicadangkan oleh Dr. Samuels, kerajaan telah membina sebuah hospital yang diberi nama “Federal Lunatic Asylum”. Pembinaan siap pada tahun 1911 dan Dr. W.F. Samuels dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Pada peringkat awal perkembangan “Federal Lunatic Asylum” merupakan sebuah yayasan psikiatri yang mengandungi 3 buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan yang dipisahkan oleh ruang dapur. Pada tahun 1928 “Federal Lunatic Asylum” diubah nama kepada “Central Mental Hospital” dan pada awal tahun 70an nama telah diubah kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menampilkan imej yang lebih positif ke atas perkembangan rawatan psikiatri. Kini, Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan Yayasan Psikiatri terbesar dari empat buah yayasan yang wujud di Malaysia. Ianya terletak berhampiran Pekan Tanjung Rambutan, 16 km ke arah Timur Laut Bandaraya Ipoh.

Keluasan asal Hospital Bahagia Ulu Kinta ialah 544 ekar di mana lebih kurang 300 ekar digunakan untuk mendirikan pelbagai bangunan dan bakinya digunakan untuk aktiviti – aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Namun begitu, pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserahkan untuk pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Terdapat 79 buah wad di hospital ini yang terdiri daripada 54 buah wad lelaki, 25 buah wad perempuan. Bilangan katil rasmi adalah sebanyak 2,600 buah tetapi permohonan telah dihantar kepada pihak KKM untuk mengurangkannya ke 2,200 buah memandangkan perkhidmatan perawatan psikiatri dalam komuniti sedang digalakkan dan dipertingkatkan.
Copyright © 2003 by your company Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Design by 7dana.com

S.K.P.P.H ULU KINTA,PERAK


sejarah sekolah piagam sekolah Pembinaan Sekolah kebangsaan pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bermula pada tahun 1967 dan siap untuk diguna pada 6 Mei, 1968,. Ianya dibina diatas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta.
Pada permulaannya sekolah ini hanya mepunyai sebuah blok banggunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tenaga guru dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah murid seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas. 7 kelas disisi pagi dan 4 kelas di sisi petang. Tanggal 9 Mac ,1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Encik mohamad Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah untuk mencantikkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula dapat dijalankan dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.
Hasil daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga kini jumlah murid adalah 1044 iaitu 533 di sesi pagi dan 511 di sesi petang. Untuk menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripda sebahagian besarnya adalah anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali Pasukan Gerakan am. (PGA) Briged Utara.
Seperti sekolah-sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan mempunyai seorang Guru Besar, Penolong Kanan1, Penolong Kanan II, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia petang. Sekolah juga dibekalkan dengan seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu am Rendah dan 2 orang pekerja Rendah Am. Jawatan jaga sekolah ini masih kosong. Di pihak guru pula, sekolah ini ada tenaga pengajar seramai 46 orang iaitu berlebihan 3 orang berdasarkan perjawatan yang diluluskan.
Pada bulan Mei 1997, Encik Anuar bin Saad telah melaporkan diri sebagai Guru Besar hingga ke hari ini.
ke atas