skip to main | skip to sidebar
Pemuda UMNO Rpa2,Ulu Kinta,TAMBUN

Ahad, 15 November 2009

Selamat hari raya Aidil Adha...


SELAMAT MENYAMBUT DENGAN GEMBIRA BERSAMA KELUARGA...
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 11:43:00 PTG Tiada ulasan:

Selasa, 27 Oktober 2009

SELAMAT BERSIDANG DUN PERAK... BN VS PKR


Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 7:59:00 PTG Tiada ulasan:

pesan PM...


Ingatan PM pada pembangkang menjelang sidang DUN Perak 28 Oktober

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan wakil rakyat pembangkang di Perak bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk mengganggu perjalanan persidangan dewan undangan negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 28 Oktober ini kerana ia dibuat mengikut peraturan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang sah di sisi undang-undang.

Serentak dengan itu Perdana Menteri mahu mereka mengakui hakikat bahawa pertukaran kerajaan negeri Perak pada bulan Februari lepas adalah disebabkan oleh 'permainan' yang dimulakan oleh pihak pembangkang sendiri dengan ‘mencuri’ seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional.

Katanya walaupun juga ada proses undang-undang yang belum selesai tetapi pihak pembangkang mesti hormati keluhuran perlembagaan negara dan ini sudah ditentukan.

Najib menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh Ahad.

Rabu lalu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Tronoh V.Sivakumar yang masih mengaku diri sebagai Speaker DUN Perak, mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan beliau sudah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN pada tarikh itu, sedangkan Speaker DUN Perak Datuk R.Ganesan sudah mengeluarkan notis yang sah lebih awal.

Tindak tanduk ini dipercayai sengaja untuk mencetuskan kekecohan dalam sidang DUN 28 Oktober ini dimana belanjawan negeri dijangka dibentangkan.

Pada 7 Mei lalu sidang DUN pertama selepas kerajaan negeri kembali ke tangan BN diselubungi kekecohan hingga melewatkan perasmian oleh Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Perdana Menteri juga memberi jaminan kepada rakyat negeri itu bahawa BN tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peruntukkan undang-undang.

"Jadi tidak ada sebab mengapa patut dilakukan sebarang gangguan atau perbuatan yang boleh menimbulkan satu keadaan yang tidak begitu baik dari segi pandangan umum terhadap politik di negeri Perak ini," tambahnya.

Menyentuh tentang perjumpaan tertutup itu ,Najib menjelaskan ia merupakan satu perjumpaan susulan daripada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Jumaat lepas di mana beliau menegaskan mengenai beberapa perkara dalam bentuk tindakan yang boleh diterjemahkan pada peringkat negeri, bahagian dan cawangan.

"Apa yang mereka patut lakukan, sesuai dengan tema ucapan saya 'Menjunjung tradisi, menzahirkan perubahan'. Apa bentuk perubahan yang patut ditampilkan oleh pimpinan UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, itulah tujuannya " katanya.-18/10/2009




DUN Perak: ‘Perang’ 28 Oktober pula…

Pada 28 Oktober ini nampaknya satu lagi drama ‘ perang’ persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka berlaku.

Ini gara-gara bekas Speaker DUN dari parti DAP V Sivakumar dan geng wakil rakyat Pakatan Pembangkang nak adakan ‘sidang DUN’ mereka pada hari yang sama sidang itu nak diadakan oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar itu dijadual membentangkan belanjawan negeri pada sidang DUN berkenaan.

Difahamkan keputusan nak adakan juga ‘sidang DUN’ pada hari sama dibuat oleh mesyuarat pimpinan Pakatan Pembangkang Perak Selasa malam.

Para pemerhati politik menilai tindak tanduk mereka tidak lebih dari usaha untuk bikin kacau urusan rasmi kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu Sivakumar memberitahu beliau telah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN yang dijadualkan 10 pagi 28 Oktober.

49 ADUN itu tidak termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry (ADUN Pangkor) dan enam Exco iaitu ADUN Sungai Rapat, Kamunting, Kota Tampan, Manong, Sungai Manik dan Chenderiang yang 'digantung' Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN sebelum ini.

Selain itu, ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering yang turut 'digantung' Sivakumar sebelum ini juga turut tidak diberikan notis.

Notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar kepada 49 ADUN itu menggunakan kepala surat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ganesan pula menegaskan notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi seorang Speaker.

Speaker itu berkata sidang DUN yang dijadualkan pada 28 Okt ini adalah bagi memperjuangkan nasib rakyat dan bukan medan pertempuran politik bagi mereka yang kecewa..

Beliau berkata persidangan yang akan berlangsung itu adalah sah kerana telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan ia juga telah diwartakan.

"ADUN Tronoh V.Sivakumar telah beberapa kali melanggar peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila mengadakan, kononnya 'persidangan DUN', tanpa mendapat perkenan Sultan Perak dan pewartaan.

"Pada hal ketika menjadi Speaker, beliau telah mendapatkan perkenan Sultan Perak dan pewartaan sebelum bersidang iaitu pada 5 Mei 2008, 24 Jun 2008 dan 10 Nov 2008," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dan laporan polis yang dibuat ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim bahawa Ganesan bukan Speaker yang sah dan tidak berhak mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk notis memanggil sidang DUN pada 28 Okt ini.

Ganesan berkata laporan yang dibuat Khalil itu adalah sesuatu yang menyimpang daripada fakta sebenar dan mengelirukan masyarakat.

Katanya beliau akan membuat satu lagi laporan polis terhadap Sivakumar dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap Sivakumar atas penyamaran beliau sebagai Speaker.

"Pelantikan seorang Speaker adalah berdasarkan undi yang dibuat di dalam DUN Perak melalui ADUN yang hadir dan bukannya melalui pilihan raya.-14/10/2009

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 7:44:00 PTG Tiada ulasan:

Isnin, 19 Oktober 2009

Apa itu 1 malaysia...





News
NAJIB PERJELAS GAGASAN SATU MALAYSIA PDF Print E-mail

BERIKUT adalah sedutan transkrip sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum pertemuan dengan editor media tempatan di kediamannya di ibu negara, semalam. - Konsep Satu Malaysia tidak boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu umpama pembangkang kata bahawa ia sama dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

Ia tak sama.

- Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.

- Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

- Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

SAYA telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama pagi ini. Antara perkara yang saya telah tekankan pada mesyuarat pagi ini, supaya barisan Jemaah Menteri yang baru dapat memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi, di mana Jemaah Menteri perlu menepati apa yang diharapkan rakyat.

Saya menggariskan empat perkara. Integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu berteraskan kepada Kabinet yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Saya telah nyatakan dalam persekitaran politik hari ini, rakyat semakin kritikal. Oleh itu, kita tak boleh anggap ini sebagai perkara biasa tetapi mesti mempamerkan barisan kepimpinan yang sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan.

Sehubungan ini, saya telah menyatakan betapa pentingnya Jemaah Menteri untuk berurusan dengan semua lapisan masyarakat. Kita tak boleh anggap kerajaan tahu segalanya. Kita perlu membuka pintu kepada dialog dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan supaya keputusan yang dibuat kerajaan nanti merupakan keputusan yang benar-benar bersandarkan kepada kehendak rakyat.

Saya juga ingatkan ahli Kabinet supaya tidak dianggap sebagai kerajaan yang memihak kepada mana-mana kumpulan istimewa khusus (special interest group) atau mana-mana badan korporat.

Walaupun amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada sektor swasta tetapi kesudahannya kita mesti ambil apa-apa keputusan bersandarkan kepentingan rakyat pada keseluruhan.

Saya juga telah menyebut tentang pencapaian yang diharapkan oleh rakyat bahawasanya rakyat tidak mahu mendengar sesuatu yang kita janjikan atau sesuatu diumumkan. Rakyat mengharapkan pelaksanaan secepat mungkin.

Oleh itu, pendekatan KPI akan dilaksanakan di mana pihak Khazanah telah ditetapkan sebagai badan untuk membantu kerajaan menggubal KPI dalam tempoh sebulan. Saya telah berjumpa Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar untuk menempatkan bilangan tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan penggubalan KPI ini dalam tempoh tersebut.

Di samping itu, KPI ini juga akan melibatkan pembahagian tugas kepada timbalan menteri secara tersusun. Setiap timbalan menteri akan diberi bidang tugas supaya timbalan-timbalan menteri dapat menyumbang kepada tindakan dan pelaksanaan yang dilakukan kerajaan.

Semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan. Saya telah tetapkan pada bulan November nanti kita akan lakukan proses penilaian atas prestasi dan pencapaian setiap menteri dan kementerian.

Ada juga pandangan bahawa sesetengah keputusan itu merupakan keputusan yang merentasi beberapa kementerian yang tak boleh dikhususkan kepada satu kementerian sahaja.

Kita akan ambil kira perkara ini. Yakni kalau kita menentukan KPI, ia akan mengambil kira mana yang boleh kita khususkan kepada sebuah kementerian dan mana yang perlu kita ambil kira peranan yang dimainkan kementerian lain.

Dengan adanya sistem KPI ini, saya percaya prestasi kerajaan, pencapaian kerajaan, insya-Allah akan bertambah baik dan berkesan lagi.

Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.

Saya bagi contoh, kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar Perdana Menteri dan menteri berkenaan sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut.

Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar menteri atau Perdana Menteri ditonjolkan.

Kita nak tunjukkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.

SOALAN: Mengenai penyusunan agensi ada dijelaskan (dalam mesyuarat Kabinet)?

Saya sudah buat keputusan dan JPM akan keluarkan kenyataan. Tidak ada masalah apabila sesuatu kementerian dibubarkan. Misalnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Ini kerana agensinya tetap tidak dibubarkan. Ia ditempatkan di bawah kementerian lain yang akan melaksanakan tugas seperti biasa.

Seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga. Ketika zaman Tun Ghafar Baba, Mara di bawah kementerian berkenaan.

Dan, Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal). Takkan dia tak boleh kita harap, untuk laksanakan program Mara umpamanya. Jadi, saya tak nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien.

Ada disentuh mengenai Majlis Penasihat Ekonomi?

Ya, saya ada bayangkan. Tapi perincian termasuk mengenai pengerusinya akan saya umumkan kemudian. Saya terangkan kenapa Majlis Penasihat Ekonomi ini diwujudkan. Saya akan pilih hari lain untuk terangkan.

Apa tindakan selanjutnya jika ada menteri yang berada di bawah tahap memuaskan apabila penilaian dilakukan November ini?

Saya percaya menteri-menteri sedar bahawa masa depan kerajaan bergantung kepada pencapaian mereka berdasarkan KPI. Mereka tahu bahawa mereka mesti ambil serius apa yang patut dilakukan.

Jadi, saya berkeyakinan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi. Penilaian itu bukanlah satu kaedah bersifat pemantauan semata-mata tetapi satu cara untuk membantu menteri-menteri berkenaan jika mereka hadapi hambatan yang kerana keputusan dibuat oleh kementerian yang lain umpamanya.

Jadi kita boleh gunakan masa penilaian itu untuk menyelesaikan kekangan dari segi pelaksanaan dan pencapaian kementerian mereka.

Pihak mana akan melakukan penilaian berkenaan?

Penilaian itu akan dibuat oleh sebuah unit di bawah JPM yang akan menilainya bersama-sama ICU. Mereka akan lihat pencapaiannya. Dan, apabila saya bincang dengan menteri berkenaan, menteri berkenaan akan bentang juga apa yang mereka telah buat.

Sama-samalah kita bincang nanti dan kita tengok apa yang mereka lakukan dalam tempoh enam bulan.

Dahulu kerajaan juga ada sistem report card, tapi nampaknya ia tak berkesan?

KPI ini kita ada sistem. Kalau kita buat satu-satu keputusan, ia mesti didokong oleh sistem yang diwujudkan. Jadi kita sudah wujudkan sistem. Ini bukan saja keputusan tapi disokong dengan sistem.

Sistem itu ialah, pertamanya Khazanah mainkan peranan. Saya sudah wujudkan tuntutan menteri berkenaan di bawah JPM dan ICU akan main peranan.

Jadi kita ambil pendekatan bersistematik. Kalau kita hendak buat sesuatu ia mesti berasaskan sistematik. Jika tidak, ia akan dilihat retorik. Ia mesti didokong dengan sistem yang bersesuaian.

Ini bukan seperti biasa tetapi sesuatu yang berbeza sebab saya sudah janjikan pembaharuan. Saya komited kepada rakyat untuk bawa pembaharuan dan saya serius untuk bawa perubahan.

Boleh komen mengenai rasa kecewa masyarakat India mengenai bilangan dalam Kabinet?

Yang paling penting ialah apa yang kerajaan akan buat untuk komuniti India. Kita akan buat apa yang termampu untuk komuniti India, ini bukan satu isu besar.

Boleh gambarkan suasana mesyuarat Kabinet yang pertama dipengerusikan Datuk Seri hari ini?

Saya rasa elok tanya pada menteri lain tentang apa yang mereka rasa (ketawa kecil). Pada saya ia berjalan baik. Maknanya saya kata, saya punya kesimpulan berilah yang terbaik, sumbanglah yang terbaik untuk negara. Itu mesej utama saya.

Selain itu, saya kata penting untuk mereka mendapatkan kepuasan kerja. Kita pun nak bina semangat kerjasama di kalangan barisan Kabinet. Satu keluarga yang boleh sokong antara satu sama lain. Yang penting kita boleh laksanakan dengan jaya.

Sumber : Bernama

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 11:37:00 PTG Tiada ulasan:

Sabtu, 19 September 2009

Selamat kembali ke kg halaman........


alhamdulilah akhirnya semua anak2 perantauan dapat kembali ke kg halaman
dgn sempurna...


" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN... "

IKSLAS DARIPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RPA2



Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 7:19:00 PTG Tiada ulasan:

Ahad, 13 September 2009


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI"
-MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH WARGA ISLAM RPA2-
***IKHLAS DARIPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO RPA2***




SELAMAT KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN
PEMANDUAN YANG SELAMAT...
"INGATLAH ORANG YANG MENANTIMU"
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 4:25:00 PTG Tiada ulasan:

Sabtu, 29 Ogos 2009

Usul Pergerakan Pemuda UMNO Tambun

Teks Membahas Usul Perhimpunan Agong 2009 Ketua Pemuda Umno Rpa2 Ulu Kinta.

Talib Bin Ismail.

"Assalamualaikum.

SATU HATI,SATU SUARA ke arah SATU MALAYSIA demi perpaduan dan keamanan.

Tuan Pengerusi Tetap,

Kita telah melihat bagaimana anak-anak Bosnia menjadi mangsa kekejaman politik rakus penghapusan etnik.Kita sedang melihat anak-anak Palestin dibunuh kejam sedangkan belum ada lagi dosa yang dilakukan.Perkara sedemikian berlaku kerana sistem politik di Negara tersebut gagal diurus dengan baik.

Di Bosnia,misalnya oleh kerana kerakusan bangsa Serb ingin menjadi bangsa tunggal dengan semangat nasionalisme keSerbiannya,lalu mereka bersikap bengis dan menbunuh bangsa Croat dan Bosnia lalu mereka bertindak dengan begitu kejam.

Demikian pula bangsa Yahudi di Palestin membuli bangsa Arab.Tiada penyelesaian politik diusahakan dengan bersungguh-sungguh,lalu mereka mengambil keputusan menyerang bangsa Arab dan membunuh mereka dan hal ini dilakukan secara kejam tanpa peri kemanusian.

Sidang Perwakilan sekalian,

Kita dalam Negara Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan keturunan,Haruslah mengambil iktibar yang mendalam.Kita sebagai bangsa Melayu janganlah menjadi seperti bangsa Serbia dan Yahudi.Kita adalah bangsa yang dipenuhi adab budaya sopan dan kesantunan mestilah menjadi bangsa yang memimpin kaum lain didalam bentuk suatu Negara bangsa di Malaysia ini.

Justeru slogan dan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato'Seri Najib iaitu SATU MALAYSIA!!! hendaklah kita sebagai Pergerakan Pemuda UMNO menyokong dan melaksanakannya.

Janganlah kita menjadi manusia bersifat lembu yang suka berbaring di atas jalan.Jangan jadi penderhaka Sultan.Jangan jadi manusia bersifat kera yang melompat-lompat di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.Janganlah jadi seperti pemimpin Negeri Pasir Berdengung yang membuat Sidang DUN di bawah pokok.

Justeru kita hendaklah mengangkat martabat bangsa melayu ke puncak.Kita menyokong semua usul yang mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaan .Kita menyokong agar ISA dikekalkan demi keamanan kerana kita tidak mahu nasib bangsa melayu menjadi seperti orang Bosnia dan orang Arab di Palestin.

Tuan Pengerusi Pemuda gagah berani,

Hang Tuah menghormati Sultan Melaka bukan kerana takut kepada tubuh badan Sultan itu.Beliau menghormati Sultan kerana beliau menjulang tinggi institusi DiRaja sebagai institusi yang tertinggi di Melaka pada masa itu.Lebih-lebih lagi institusi inilah yang memelihara kesucian dan kehormatan agama islam.Justeru itu kita menyokong semua usul yang mengangkat martabat Sultan dan institusinya.

Titah Sultan Perak dalam muzakarah Cendekiawan yang lepas menekankan soal perpaduan Melayu.Ya,kita mesti bersatu hati dan bersatu suara."ORANG MELAYU MESTI BERSATU PADU...

Allah menyuruh kita agar bersatu padu demi Islam Yang Tercinta
ayat 9 surah al-hujurat yang bermaksud:
"Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang,damaikanlah antara kedua-duanya,jika salah satu kumpulan telah menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah(dengan meninggalkan perbuatan menceroboh).Jika ia telah kembali,maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah,Sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan."

Oleh yang demikian saya,Talib Bin Ismail selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RPA2 Ulu Kinta menyokong penuh semua USUL yang dibentangkan oleh Sdr.Ketua Penerangan sebentar tadi.
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 4:55:00 PTG Tiada ulasan:

Ahad, 19 Julai 2009

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

كستيأن كڤادا راج دن نڬارا
LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

APA ITU FASAL 16 (6) DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Janganlah sesekali (wahai Muhammad) engkau terpedaya
akan usaha gerakan orang-orang kafir dalam negeri (yang membawa keuntungan kepada mereka.)

Surah Al-Imran 196

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 12:22:00 PG Tiada ulasan:

Sabtu, 18 Julai 2009

Penyokong Bloggers Pembela Negara™

Penyokong Bloggers Pembela Negara™
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 11:47:00 PTG Tiada ulasan:

Perak Darul Ridzuan...

Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak-PR Baca lagi- Bagi faham

Posted on February 8, 2009 by t4L18

oleh
sumber :lawyerkampung

Terima kasih rakan blogger yang telah memuatkan beberapa undang-undang tubuh yang telah diguna pakai oleh Baginda Sultan didalam menetapkan keputusan baru baru ini yang banyak dipertikaikan oleh PKR yang kebanyakkan atau sememangnya tidak tahu undang-undang tubuh Negeri Perak yang melibatkan kuasa Mutlak Sultan keatas negeri Naungan Baginda.

Bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya).

166uutknperak3

Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN – sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. MB hendaklah (”shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (”Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco – Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan – ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

Apa itu Fasal 18 (2) (b)

*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai “rubber-stamp” apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran

Apa yang telah berlaku?

  • Najib datang mengadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru
  • MB Nizar datang mengadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran.
  • Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budibicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai “rubber-stamp” tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidangkuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
  • Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan exconya meletak jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).

Terima kasih saudara Lawyer kerana memuatkan perkara ini untuk difahami


Possibly related posts: (automatically generated)

  • Hormati Kontrak Sosial- Amaran Raja-Raja Melayu
  • Dari Bahagian ke PAU
  • Jika Pemimpin Lemah
  • Siapa yang tidak hormati sultan?

Filed under: Undang2 Tubuh N.Perak:PKR: Baca Lagi Bagi Faham - | Tagged: Daulat, kerajaan Negeri, kuasa, MB, Menteri besar, mutlak, Negeri Perak, sultan, undang-undang

  • www.kmu.net.my

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 11:35:00 PTG Tiada ulasan:

Patut kah orang ini berada ditanah melayu yang suci ini... setelah wira negara tumpah darah disini kerana pengkhianat seperti ini...


Siapa Chin Peng?


Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924, nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Kisah hidupnya

Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.

Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya

Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand.

Kemerosotan Komunis

Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia

Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.




Lagu Melayu

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 8:36:00 PTG 1 ulasan:

HARAPAN TUKAR MATLAMAT...

NAJIB :

SATU MALAYSIA.

RAKYAT DIDAHULUKAN.

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

April 8, 2009 · Print This Article


Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Saya tak kedip mata menyaksikan peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut. Lebih saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Malamnya saya tak sabaq betul nak dengaq PM baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib dok sebut begini, “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Untuk makluman kalian semua, apa yang PM baru kita dok sebut pasal Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya dok harap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betuilah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir hayatnya.

Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.

Oleh admin · Kategori Jabatan Penerangan Malaysia, Kerajaan Prihatin, Masyarakat prihatin

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 2:55:00 PTG Tiada ulasan:

"DIMANA KEDUDUKAN KITA"

« KABINET MENGUTAMAKAN RAKYAT
PERKASA NEGARA SEJAHTERA RAKYAT »

'''SATU MALAYSIA'''

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

kaum11

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

April 16th, 2009 | Category: Umum | Leave a comment
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 2:51:00 PTG Tiada ulasan:

Ahad, 21 Jun 2009

Mesyuarat Agong Pemuda Umno Rpa2




Pergerakan pemuda rpa2 selamat bermesyuarat
seperti yang dijangkakan.

Jumlah ahli 49 orang
hadir bermesyuarat seramai 40%

Mesyuarat dirasmikan wakil pergerakan pemuda bahagian Tambun
Sdr.Khair(S.u bhgn)
Sdr.Azmin(Ajk bhgn)

Pengerusi tetap : Sdr.Mohd Shah bin Mihat.
Ketua Pemuda Cwgn : Sdr.Talib b. Ismail.
Naib ketua pemuda : Sdr.Sharifudin b. Che Rus

Dengan izin ilahi Pergerakan Pemuda Umno Rpa2 masih mendapat majoriti dikampung ini.

2 wakil cawangan dicadangkan untuk menhadiri ke mesyuarat agong peringkat bahagian.
- Sdr.Sarifudin bin Che Rus.
- Sdr.Azizam bin Basri.

2 wakil bahagian dicadangkan untuk ke mesyuarat agong peringkat Malaysia
- Sdr.Ansor
- Sdr.Zabidi

Mesyuarat ini ditangguhkan pada 850pm



"Kalau kita nak berperang... Pergilah bersama-sama dan seramai yang mungkin,
Andai kata kita keseorangan ada kemungkinan kita akan gugur...Semangat juang jangan mudah
kecundang...kemenangan kita bukan untuk seorang... marilah wahai saudaraku
warga rpa2 bersatu menentang pembangkang "


Saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Pemuda-pemudi
Rpa2 yang menbantu dan menyokong perjuangan kita...
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 11:20:00 PG Tiada ulasan:

Isnin, 1 Jun 2009

JUARA FUTSAL 2008


MENJUARAI KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT UMNO BAHAGIAN TAMBUN DIMENANGI PEMUDA UMNO RPA2 ULU KINTA APABILA MENEWASKAN PEMUDA UMNO KG.MANJOI DIBARISI PEMAIN HANDALAN KITA IALAH:

SDR. MOHD NAJIB (K)
SDR. MOHD HASMADI
SDR. MOHD HAMDAN
SDR. MOHD HAIDIL
SDR. MOHD FIRDAUS
SDR. MOHD YAZID
SDR. HAFIZAM
SDR. AHMAD KHAIRI

TAHNIAH DIUCAPKAN SEMOGA PEMUDA RPA AKAN MENCAPAI KEJAYAAN
DI TEMPAT LAIN KELAK.
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 6:43:00 PTG Tiada ulasan:

Mesyuarat Agong Pemuda Umno Rpa2


PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RPA2





Tarikh: 20hb Jun 2009 bersamaan 26 jamadilakhir 1429

Hari : Sabtu

Masa: 8:00 malam

Tempat: Dewan Komuniti Rpa2



s.k : Ketua Cawangan Umno Rpa2
: S/u Ketua Pemuda Bahagian Tambun
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 6:21:00 PTG Tiada ulasan:

Jumaat, 1 Mei 2009

SEJENAK BERSAMA SAUDARA ISLAM...

AL FATIHAH...

Perang Gaza cetus perang siber

Posted by t4L18
January 14, 2009

Sekarang ni zaman siber.Internet banyak digunakan untuk urusan.Hacker dari Turki; Agd_Scorp/Peace Crew telah menyerang beberapa laman web tentera US termasuk NATO. Hacker turki sebelum ini banyak menyerang laman orang secara suka suka kini banyak menfokuskan laman web kepunyaan perniagaan dan orang israel.

Nampaknya golongan hacker pun dah mula mengerakkan perang siber.Setahu saya, kumpulan hacker turki memang ditakuti kerana kemampuan mereka mengodam laman web. Kini ribuan laman perniagaan kecil israel digodam. Mereka meninggal mesej kepada laman web yang mereka “kerjakan”.Antaranya:

“Stop attacks u israel and usa! you cursed nations! one day muslims will clean the world from you!”

Tentera israel semakin menjadi jadi.Walau apapun, tentera israel memang pengecut. Mereka mengunakan anjing yang dilatih untuk “survey” keadaan,jika selamat baru la keluar dari kereta kebal. Sama seperti askar US, disebabkan ketakutan melampau, ramai askar US yang mengidap sakit jiwa apabila balik dari Iraq atau Afganistan.

Sebab itulah Israel banyak menyerang dengan mengunakan jet dan peluru berpandu. Mereka pasti akan mampus sekiranya berperang secara berdepan. Dalam laman web islamtoday, HAMAS buat pertama kalinya mengunakan senjata anti pesawat dan menembak jatus sebuah helikopter Israel.

helikopterjatush_r300x

Ia adalah sebuah helikopter Apache buatan US. Perang gaza baru bermula. Walaupun dikenakan sekatan ekonomi, mereka tetap bertahan demi mempertahankan bumi Palestin. Tempat suci ketiga bagi umat Islam. Tindakan Israel yang cuba membawa Hizbollah dan Iran berperang dengan mereka masih belum terlaksana. Walaupun Ulamak Iran,Ayatullah Ali Khomenei pada mulanya telah meluluskan 70,000 sukarelawan untuk berperang di Gaza. Tetapi ditarik balik kerana Iran menyedari taktik Israel ini.Israel pasti akan menjadikan alasan sukarelawan tersebut untuk menyerang Iran.

Ini adalah kerana Iran dapat mengesan taktik jahat Israel untuk membawa US berperang bersama dengan mereka di Asia barat jika mereka berperang dengan Iran. Mereka sengaja mengapi apikan pemimpin Iran untuk berperang.Setakat ini Iran masih “cool” agar tidak termasuk jerat Israel.

Namun, saya cukup kecewa dengan Mesir yang sekongkol dengan Israel mengenakan sekatan ekonomi. Malah Mesir dan Jordan tidak membenarkan bantuan kemanusiaan melalui kawasan mereka. Bantuan kemanusiaan perlu masuk menerusi Israel.Sebab inilah Tun Dr.Mahathir menyarankan Malaysia menghantar sendiri menerusi jalan laut kerana Gaza berada di tepi pantai.

Walaupun undang undang antarabangsa melarang kapal tanpa senjata diserang.Saya pasti Israel akan menyerang mana mana kapal bantuan kemanusiaan. Ia bukanlah perkara yang ganjil jika israel menyerang bantuan kemanusiaan kerana mereka sememang mahukan rakyat Palestin di bumi Gaza lenyap dari muka bumi ini. Sebab itulah mereka menyerang semua hospital dan memusnahkan ubat ubatan dan alatan hospital.

Mereka berharap mereka yang tercedera mati.Ini akan memudahkan mereka mengambil alih semua kawasan milik Palestin. Mereka telah mengambil Palestin sedikit demi sedikit. Tidak mustahil, jika Gaza pula hilang dari peta Palestin. Cuba lihat peta palestin ini:

palestine

Bersama lah kita berdoa agar kemenangan di pihak pejuang Palestin.

Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 5:35:00 PTG Tiada ulasan:

Ahad, 12 April 2009

LOST WORLD OF TAMBUN

Lost World of Tambun water theme ...
2048 x 1536 - 858k - jpg
upload.wikimedia.org
LOST WORLD OF TAMBUN
1400 x 1050 - 1384k - jpg
www.sunway.com.my
[ More from www.sunway.com.my ]
Lost World of Tambun Mignon Postumus
567 x 425 - 81k - jpg
www.malaysiasite.nl
[ More from www.malaysiasite.nl ]
Lost World of Tambun Mignon Postumus
567 x 425 - 57k - jpg
www.malaysiasite.nl
Lost World of Tambun - .
640 x 480 - 51k
ku2mamai.fotopages.com
Ioph Suncity, Lost World of Tambun
439 x 550 - 104k - jpg
www.suninnhotel.com
[ More from www.suninnhotel.com ]
LOST WORLD OF TAMBUN
1200 x 1321 - 842k - jpg
www.sunway.com.my
Ioph Suncity, Lost World of Tambun
439 x 450 - 86k - jpg
www.suninnhotel.com
The lost world of Tambun.
568 x 426 - 100k - jpg
www.skyscrapercity.com
[ More from photobucket.com ]
At "Lost World of Tambun" water ...
375 x 500 - 45k - jpg
www.skyscrapercity.com
We found the Lost World of Tambun
576 x 864 - 159k - jpg
redblackzone.com
Lost World of Tambun Theme Park eyes ...
450 x 299 - 34k - jpg
malaysiahotelnews.blogspot.com
... Lost world of Tambun, Ipoh
800 x 533 - 182k - jpg
www.pbase.com
Park ride in Lost World of Tambun.
2592 x 1944 - 3015k - jpg
www.panoramio.com
Where is this Lost World of Tambun?
400 x 300 - 36k
ipohchai.com
[ More from ipohchai.com ]
lost world tambun !
400 x 309 - 45k - jpg
akuadamjuni.blogspot.com
The Lost World of Tambun
400 x 300 - 29k - jpg
lailakamilia.blogspot.com
Main entrance of the Lost World of ...
400 x 241 - 22k - jpg
www.explor
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 3:12:00 PTG Tiada ulasan:

Sabtu, 14 Mac 2009

JOM PERGI MANDI DI WATERFALL...!!!


Hutan Lipur Ulu Kinta
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Fail:Hlprk 71.jpg
Pintu masuk Hutan Lipur Ulu Kinta. Gambar oleh: http://www.forestry.gov.my/hlprk_ulukinta.html Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Hutan Lipur Ulu Kinta terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Ia terletak 12 km dari Ipoh dan boleh naik bas ke Tanjung Rambutan di Medan Kid, Ipoh.
Kebanyakan orang Ulu Kinta enggan menyebut Tanjung Rambutan , mereka lebih selesa menyebut Ulu Kinta sahaja kerana Tanjung Rambutan] dikaitkan dengan Hospital Bahagia, tempat pemulihan orang gila terbesar dan terawal di Malaysia. Malahan Maktab Perguruan Ulu Kinta (MPUK) diperlecehkan dengan isu itu.
Ulu Kinta merupakan bahagian ulu Sungai Kinta, merupakan sungai yang sangat penting dalam aktiviti perlombongan dari tahun 1850 hingga 1970 . Hilir Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak. Air di bahagian hulu sangat jernih tetapi di hahagian hilir sangatlah keruh dan kotor. Ini kerana Sungai Kinta melalui bandar Ipoh, Batu Gajah dan Tanjung Tualang. Perlombongan bijih timah di sini dan sekitar Lembah Kinta menyebabkan air sungainya sangat keruh. Walaupun tidak ada lagi aktiviti perlombongan, penduduk taman perumahan, kampung dan setinggan di tepi sungai ini membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai ini.
Hutan Lipur Ulu Kinta telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, sesiapa tidak boleh menebang dan membalak di kawasan ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang sangat penting bagi membekalkan air minuman kepada penduduk sekitar kawasan ini. Sebuah kolam air terbina di sini berdekatan dengan kampung orang asli.
Hutan Simpan Bukit Kinta merupakan Hutan Dipterokarp Bukit. Istimewanya hutan lipur ini ialah ia merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Korbu. Puncak Gunung Korbu adalah setinggi 3183 m, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, selepas Gunung Tahan.
Hutan lipur ini diuruskan dengan baik oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, 31000 Batu Gajah.
Sebarang aktiviti perkhemahan bolehlah menghubungi pegawai di pejabat berkenaan. Aktiviti pendakian mestlah dimaklumkan kepada Balai Polis Tanjung Rambutan dengan memberikan nama, kad pengenalan, alamat, bilangan peserta, berapa lama dan bila akan balik semula. Tujuannya agar sebarang kecemasan, kemalangan dan hilang, bantuan kecemasan dapat diberi dengan cepat dan tepat.
Dicatat oleh WiRA_KiNTA 000 di 2:43:00 PTG Tiada ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
Powered By Blogger


Senarai Blog Saya

  • alJazeera Magazine
    -
  • harakah
    -
  • hmetro.com.my
    -
  • Kosmo Systems Inc
    -
  • Malaysiakini
    -
  • Malaysian National News Agency :: BERNAMA
    -

Pengikut

Arkib Blog

  • ►  2010 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2009 (24)
    • ▼  November (1)
      • Selamat hari raya Aidil Adha...
    • ►  Oktober (3)
      • SELAMAT BERSIDANG DUN PERAK... BN VS PKR
      • pesan PM...
      • Apa itu 1 malaysia...
    • ►  September (2)
      • Selamat kembali ke kg halaman........
      • "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI"-MAAF ZAH...
    • ►  Ogos (1)
      • Usul Pergerakan Pemuda UMNO Tambun
    • ►  Julai (6)
      • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAكستيأن كڤادا راج د...
      • Penyokong Bloggers Pembela Negara™
      • Perak Darul Ridzuan...
      • Patut kah orang ini berada ditanah melayu yang suc...
      • HARAPAN TUKAR MATLAMAT...
      • "DIMANA KEDUDUKAN KITA"
    • ►  Jun (3)
      • Mesyuarat Agong Pemuda Umno Rpa2
      • JUARA FUTSAL 2008
      • Mesyuarat Agong Pemuda Umno Rpa2
    • ►  Mei (1)
      • SEJENAK BERSAMA SAUDARA ISLAM...
    • ►  April (1)
      • LOST WORLD OF TAMBUN
    • ►  Mac (3)
      • JOM PERGI MANDI DI WATERFALL...!!!
    • ►  Februari (3)
  • ►  2008 (1)
    • ►  November (1)