Ingatan PM pada pembangkang menjelang sidang DUN Perak 28 Oktober
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan wakil rakyat pembangkang di Perak bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk mengganggu perjalanan persidangan dewan undangan negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 28 Oktober ini kerana ia dibuat mengikut peraturan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang sah di sisi undang-undang. Serentak dengan itu Perdana Menteri mahu mereka mengakui hakikat bahawa pertukaran kerajaan negeri Perak pada bulan Februari lepas adalah disebabkan oleh 'permainan' yang dimulakan oleh pihak pembangkang sendiri dengan ‘mencuri’ seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional. Katanya walaupun juga ada proses undang-undang yang belum selesai tetapi pihak pembangkang mesti hormati keluhuran perlembagaan negara dan ini sudah ditentukan. Najib menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh Ahad. Rabu lalu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Tronoh V.Sivakumar yang masih mengaku diri sebagai Speaker DUN Perak, mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan beliau sudah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN pada tarikh itu, sedangkan Speaker DUN Perak Datuk R.Ganesan sudah mengeluarkan notis yang sah lebih awal. Perdana Menteri juga memberi jaminan kepada rakyat negeri itu bahawa BN tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peruntukkan undang-undang. "Jadi tidak ada sebab mengapa patut dilakukan sebarang gangguan atau perbuatan yang boleh menimbulkan satu keadaan yang tidak begitu baik dari segi pandangan umum terhadap politik di negeri Perak ini," tambahnya. DUN Perak: ‘Perang’ 28 Oktober pula… Pada 28 Oktober ini nampaknya satu lagi drama ‘ perang’ persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka berlaku. Para pemerhati politik menilai tindak tanduk mereka tidak lebih dari usaha untuk bikin kacau urusan rasmi kerajaan negeri. Speaker itu berkata sidang DUN yang dijadualkan pada 28 Okt ini adalah bagi memperjuangkan nasib rakyat dan bukan medan pertempuran politik bagi mereka yang kecewa..
Tindak tanduk ini dipercayai sengaja untuk mencetuskan kekecohan dalam sidang DUN 28 Oktober ini dimana belanjawan negeri dijangka dibentangkan.
Pada 7 Mei lalu sidang DUN pertama selepas kerajaan negeri kembali ke tangan BN diselubungi kekecohan hingga melewatkan perasmian oleh Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.
Menyentuh tentang perjumpaan tertutup itu ,Najib menjelaskan ia merupakan satu perjumpaan susulan daripada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Jumaat lepas di mana beliau menegaskan mengenai beberapa perkara dalam bentuk tindakan yang boleh diterjemahkan pada peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
"Apa yang mereka patut lakukan, sesuai dengan tema ucapan saya 'Menjunjung tradisi, menzahirkan perubahan'. Apa bentuk perubahan yang patut ditampilkan oleh pimpinan UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, itulah tujuannya " katanya.-18/10/2009
Ini gara-gara bekas Speaker DUN dari parti DAP V Sivakumar dan geng wakil rakyat Pakatan Pembangkang nak adakan ‘sidang DUN’ mereka pada hari yang sama sidang itu nak diadakan oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menteri Besar itu dijadual membentangkan belanjawan negeri pada sidang DUN berkenaan.
Difahamkan keputusan nak adakan juga ‘sidang DUN’ pada hari sama dibuat oleh mesyuarat pimpinan Pakatan Pembangkang Perak Selasa malam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu Sivakumar memberitahu beliau telah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN yang dijadualkan 10 pagi 28 Oktober.
49 ADUN itu tidak termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry (ADUN Pangkor) dan enam Exco iaitu ADUN Sungai Rapat, Kamunting, Kota Tampan, Manong, Sungai Manik dan Chenderiang yang 'digantung' Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN sebelum ini.
Selain itu, ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering yang turut 'digantung' Sivakumar sebelum ini juga turut tidak diberikan notis.
Notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar kepada 49 ADUN itu menggunakan kepala surat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ganesan pula menegaskan notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi seorang Speaker.
Beliau berkata persidangan yang akan berlangsung itu adalah sah kerana telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan ia juga telah diwartakan.
"ADUN Tronoh V.Sivakumar telah beberapa kali melanggar peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila mengadakan, kononnya 'persidangan DUN', tanpa mendapat perkenan Sultan Perak dan pewartaan.
"Pada hal ketika menjadi Speaker, beliau telah mendapatkan perkenan Sultan Perak dan pewartaan sebelum bersidang iaitu pada 5 Mei 2008, 24 Jun 2008 dan 10 Nov 2008," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dan laporan polis yang dibuat ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim bahawa Ganesan bukan Speaker yang sah dan tidak berhak mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk notis memanggil sidang DUN pada 28 Okt ini.
Ganesan berkata laporan yang dibuat Khalil itu adalah sesuatu yang menyimpang daripada fakta sebenar dan mengelirukan masyarakat.
Katanya beliau akan membuat satu lagi laporan polis terhadap Sivakumar dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap Sivakumar atas penyamaran beliau sebagai Speaker.
"Pelantikan seorang Speaker adalah berdasarkan undi yang dibuat di dalam DUN Perak melalui ADUN yang hadir dan bukannya melalui pilihan raya.-14/10/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan