Sabtu, 14 Mac 2009

Hospital bahagia ulu kinta,tg.rambutan








Merupakan Institusi Psikiatri pertama dan terbesar dari 4 buah Institusi di Malaysia.

Pada tahun 1910, dengan pemilihan tapak yang dicadangkan oleh Dr. Samuels, kerajaan telah membina sebuah hospital yang diberi nama “Federal Lunatic Asylum”. Pembinaan siap pada tahun 1911 dan Dr. W.F. Samuels dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Pada peringkat awal perkembangan “Federal Lunatic Asylum” merupakan sebuah yayasan psikiatri yang mengandungi 3 buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan yang dipisahkan oleh ruang dapur. Pada tahun 1928 “Federal Lunatic Asylum” diubah nama kepada “Central Mental Hospital” dan pada awal tahun 70an nama telah diubah kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menampilkan imej yang lebih positif ke atas perkembangan rawatan psikiatri. Kini, Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan Yayasan Psikiatri terbesar dari empat buah yayasan yang wujud di Malaysia. Ianya terletak berhampiran Pekan Tanjung Rambutan, 16 km ke arah Timur Laut Bandaraya Ipoh.

Keluasan asal Hospital Bahagia Ulu Kinta ialah 544 ekar di mana lebih kurang 300 ekar digunakan untuk mendirikan pelbagai bangunan dan bakinya digunakan untuk aktiviti – aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Namun begitu, pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserahkan untuk pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Terdapat 79 buah wad di hospital ini yang terdiri daripada 54 buah wad lelaki, 25 buah wad perempuan. Bilangan katil rasmi adalah sebanyak 2,600 buah tetapi permohonan telah dihantar kepada pihak KKM untuk mengurangkannya ke 2,200 buah memandangkan perkhidmatan perawatan psikiatri dalam komuniti sedang digalakkan dan dipertingkatkan.
Copyright © 2003 by your company Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Design by 7dana.com

Tiada ulasan: